BENGKEL TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD)

 

(4 Oktober 2022) – Bagi mengatasi masalah penagihan dadah di tempat kerja, AADK Negeri Kelantan telah menganjurkan Program TEKAD melibatkan agensi kerajaan dan swasta di Negeri Kelantan.
Program yang berlangsung selama sehari itu bertujuan memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah di tempat kerja kepada majikan dan pekerja serta memberi kemahiran dalam menguruskan pekerja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Selain itu, Program TEKAD juga dilaksanakan untuk mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta menyediakan program pemulihan yang berkesan dan mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Perbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berkenaan antaranya ceramah,quizzi,perbincancangan dalam kumpulan dan pembentangan oleh wakil kumpulan.
Diharapkan program ini dapat mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …