PROGRAM MALAYSIA BERINTEGRITI ANJURAN MKN KEDAH

Gunung Jerai dijadikan lokasi bagi program yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah pada kali ini di mana seramai hampir 100 pegawai dari jabatan atau agensi keselamatan dikumpulkan bagi mendengar taklimat berkenaan Arahan Gerakan MKN Berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, MKN JPM, Encik Tajul Ariffin Muhammad di undang bagi menyampaikan taklimat tersebut kepada pegawai daripada jabatan atau agensi keselamatan antaranya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

 

Bagi sesi kedua, MKN Kedah menjalinkan kerjasama dengan sebuah pertubuhan yang bergerak aktif dalam memerangi isu rasuah dan korupsi di dalam negara iaitu Rasuah Busters. Satu sesi perkongsian telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sinar Untuk Malaysia, Puan Nurhayati Nordin yang bertajuk ‘Apabila Rasuah Menang, Negara Malang’.

MKN Kedah menyambut baik saranan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang bertitah baru-baru ini bahawa rasuah di negara ini berada pada skala yang membimbangkan dan semua pihak di pelbagai peringkat perlu membanteras gejala ini secara bersungguh.

Perkara ini selaras dengan salah satu teras di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025) iaitu Teras Keempat: Tadbir Urus Yang Baik, yang antara lain meliputi pengurusan sumber-sumber negara dengan cekap dan berkesan, dan juga pembentukan karakter berintegriti tinggi, amanah dan bertanggungjawab.

Program diakhiri dengan semua peserta taklimat menandatangani papan kanvas sebagai simbolik menyokong usaha menggemakan gelombang melawan rasuah di negara ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …