KEMBARA TABLE TOP EXERCISE (TTX) KESELAMATAN MENYELURUH 2022 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan telah melaksanakan program Kembara Table Top Exercise ( TTX) Keselamatan Menyeluruh 2022 peringkat Negeri Sembilan di daerah Seremban dan Tampin pada 28 dan 29 Oktober 2022 yang lalu.

Kembara selama dua hari ini bermula di Loji Rawatan Air Singai Terip dan Empangan Sungai Terip, Seremban dan diteruskan ke KTMB, Gemas. Program ini diadakan selaras dengan konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti atau Community-Based Security Management (CBSM) yang memfokuskan  kepada TTX dan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh yang perlu menjadi pendekatan agensi kerajaan bagi melahirkan jentera kerajaan dan komuniti yang bersiap siaga, berupaya berdepan krisis, membina kapasiti dan kompentensi komuniti dan memperkukuh daya tahan bagi berhadapan dengan cabaran seharian.

Antara objektif  lain pelaksanaan kembara ini adalah untuk mengukuhkan koordinasi dan integrasi pelbagai jentera kerajaan melalui konsep whole of government untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan keselamatan Negara. Selain itu kembara ini juga bertujuan untuk melahirkan komuniti yang bersiap siaga, berupaya berdepan dengan krisis, membina kapasiti dan kompetensi komuniti dan memperkukuh daya tahan berhadapan cabaran seharian serta memupuk penglibatan setiap pihak bagi memastikan kesiapsiagaan Kerajaan dan rakyat dalam keadaan krisis.

Program yang melibatkan penglibatan seramai 140 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi di bawah  Arahan MKN 21 telah dilaksanakan melalui tinjauan ke Kawasan-kawasan strategik keselamatan seperti Empangan Sungai Terip, Loji Rawatan Air Sungai Terip, Depoh Urusan Jalan, Depoh Fleet, Depoh Elektrifikasi serta Pusat Kawalan Sistem di  KTMB Gemas dan diteruskan dengan TTX Keselamatan Menyeluruh yang melibatkan pelbagai senario ancaman keselamatan.

Jabatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Jabatan dan Agensi yang terlibat sepanjang kembara ini berlangsung.

Artikel/Berita Terkini

KOMITMEN PENGARAH JPN MELAKA : AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID

Melaka – Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, menandatangani Aku Janji ini sebagai komitmen dan amanah untuk memastikan setiap murid dilindungi, dihormati …

GEMPA SULAWESI: PENDUDUK PANTAI TIMUR SABAH RASA GEGARAN, TIADA LAPORAN KEROSAKAN

Gambar Metmalaysia LAHAD DATU: Penduduk di beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah merasai gegaran susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 …

TIADA KEJADIAN LELAKI BERSENJATA MASUK SEMPORNA, LAHAD DATU: POLIS

KUALA LUMPUR: Tiada kejadian sekumpulan lelaki bersenjata masuk ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah seperti didakwa dalam hantaran yang tular …