1041 KILOGRAM MINYAK MASAK PAKET BERSUBSIDI DISITA DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 28 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan disekitar sempadan negara hari ini.
Objektif dilaksanakan untuk membanteras ketirisan barang kawalan bersubsidi daripada diselewengkan atau diseludupkan ke negara jiran supaya pengguna dapat menikmati subsidi yang dibekalkan kerajaan.
Hasil maklumat risikan, pasukan telah mengesan pergerakan sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dalam keadaan mencurigakan dipandu seorang individu bersama seorang dipercayai kelindan dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.
Pasukan bertindak mengekori kenderaan tersebut walaubagaimanapun saspek tersebut menyedari kenderaannya diekori bertindak memecut laju menghala ke arah Taman SBJ Pasir Pekan, kemudian tiba dibelakang sebuah Klinik memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan melarikan diri dalam semak berhampiran seterusnya gagal dikesan pasukan.
Pemeriksaan lanjut pada jam 11.40 pagi ini keatas sebuah motokar berpendaftaran Malaysia jenis Proton Wira menemui minyak masak paket 1kg sebanyak 1041 kilogram berada dalam kenderaan tersebut yang disyaki akan diseludup ke Thailand melalui pengkalan haram berhampiran Tumpat, Kelantan.
Sebanyak anggaran 1041 kilogram minyak masak paket 1kg bersubsidi dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 2602.50 dan kenderaan sebanyak RM 5000.00
Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki memiliki barang kawalan tanpa lesen dengan niat melakukan kesalahan.

Artikel/Berita Terkini

FASA PERALIHAN MONSUN

FASA PERALIHAN MONSUN Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, hal ini susulan permulaan fasa peralihan monsun …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan …
Maklumat Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut