SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT MENARA PERSEKUTUAN MERIAH

AYER KEROH  – Sebanyak 28 agensi kerajaan bergabung bagi menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Menara Persekutuan Melaka bagi tahun 2022, baru-baru ini.

Penyelaras program, Muhamad Rizal Abdul Rasol berkata penglibatan kesemua agensi itu bertujuan memeriahkan sambutan selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran.

“Sambutan kali ini secara tidak langsung mengingatkan masyarakat mengenai sejarah perjalanan menuju kemerdekaan selain menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme.

“Terdapat 24 aktiviti dan pertandingan dianjurkan antaranya gotong-royong, ceramah kemerdekaan, tayangan filem Bukit Kepong, pertandingan nyanyian lagu kebangsaan, baju kebangsaan serta sajak kemerdekaan,” katanya.

WhatsApp Image 2022-09-26 at 4.04.33 PM (1)
PENJAWAT awam yang hadir menjayakan sambutan tersebut.

Turut menyertai sambutan adalah murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, SK Ayer Keroh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Lintang, SJKT Durian Tunggal, SJK(C) Ayer Keroh dan SJK(C) Bukit Beruang.

Katanya, murid berkenaan mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz (Quizizz) kemerdekaan dan bahasa.

“Sambutan tersebut dilaksanakan Jawatankuasa Induk Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Guna sama Menara Persekutuan (JPPBGS),” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …