OPERASI BERSEPADU KPDNHEP CAWANGAN TANAH MERAH BERSAMA PDRM BAHAGIAN NARKOTIK IPD TANAH MERAH

 

TANAH MERAH 26 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia IPD Tanah Merah, Bahagian Narkotik telah diadakan di lokasi sekitar Pengkalan Haram Sekitar Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan disini hari ini.
Dengan kekuatan anggota operasi seramai 10 pegawai dan turut bersama 5 pegawai penguat kuasa dari Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan serta 6 pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tanah Merah, Kelantan.
Operasi Bersepadu diadakan bermula seawal jam 6.30 pagi sekitar Pengkalan Haram Pak Ya, sekitar perumahan Kg. Renab dan pemeriksaan fokus juga terhadap kenderaan yang melalui untuk mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan mengikut bawah perundangan masing-masing.
Operasi diketuai oleh YDH. Tuan Inspektor Murthada, Bahagian Narkotik IPD, Tanah Merah, Kelantan dan hasil sepanjang pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada aktiviti yang mencurigakan berlaku dan operasi tamat sekitar jam 10.30 pagi.

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …