PROGRAM ‘JEMBE TRANUNG’ SEBAGAI PROGRAM PELANCONGAN BERASASKAN KOMUNITI TERENGGANU.

————————————————————————————————————————————————
KUALA TERENGGANU, 25 SEPTEMBER 2022
————————————————————————————————————————————————
Mengisi kelendar perlancongan Negeri Terengganu bagi bulan September ini, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama RTM dan Terengganu FM telah menganjurkan Program ‘Jembe Tranung Kite’ di dua lokasi berbeza. Program yang bermula pada 23 hingga 25 September itu memilih Kalang Warisan dan Kampung Budaya Terengganu sebagai lokasi siaran langsung program. ‘Jembe’ adalah salah satu perkataan yang digunapakai oleh penduduk Terengganu dalam perbualan harian yang memberikan maksud berkunjung atau melawat.
Pada program ini, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk Armada Dendang, gendang formasi, demontrasi masakan tradisi dan silat bergendang itu dan disiarkan secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) bermula jam 8 pagi hingga 10.00 pagi. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor bin Hamzah. Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran Yang Berbahagia Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud, Yang Berusaha Encik Fadli Yusof bin Zakaria dan Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Encik Sabri bin Mansor.
Kerjasama strategik antara kedua-dua pihak ini sekaligus memberi peluang bagi mempromosi dan mengetengahkan produk-produk pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu malah memberi pendedahan kepada komuniti setempat yang mengusahakan pelancongan CBT yang disampaikan secara langsung kepada penonton RTM. Kerancakan industri perlancongan di Terengganu dapat membantu rakyat meningkatkan pendapatan mereka serta membantu keutuhan dan kestabilan ekonomi negara.

sumber : Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …