GABUNGAN DEWAN PERNIAGAAN LABUAN TEMUI SHAHIDAN BAGI MEMACU SEMULA EKONOMI LABUAN

LABUAN: Gabungan Dewan Perniagaan Labuan telah menganjurkan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dalam satu majlis makan malam  sebagai usaha mencari jalan untuk memacu semula ekonomi Labuan yang semakin merudum.

Pertemuan yang diadakan di salah sebuah resturan terkemuka di sini membabitkan gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Labuan, Dewan Perniagaan dan Perusahan India  Labuan dan Dewan Perniagaan dan Industri Kadazan Dusun (KCCI) Labuan.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Malayu Malaysia (DPMM) Labuan, Datuk Harris Anuar Tan yang mewakili gabungan dewan-dewan tersebut dalam ucapannya berkata, Labuan memerlukan lebih banyak inisiatif yang dapat menarik pelabur untuk datang ke Labuan dan ini sekaligus dapat merancakkan semula pembangunan ekonomi Labuan.

Selain itu katanya, industri yang telah diwujudkan di Labuan haruslah mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu  memajukan ekonomi Labuan secara jangka panjang.

“Projek projek dalam sektor petroleum, petrokimia, logistik perlu diberi keutamaan kerana disinilah terletaknya daya saing Labuan… Kami selaku dewan dewan pernigaan juga perlu dilibatkan bersama dalam membantu memacu ekonomi Labuan” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias yang turut berucap, berkata  pembukaan semula  sector ekonomi selamat era pendamik COVID 19 telah membantu  kearah momentum peningkatan ekonomi khususnya di Labuan.

Bashir  turut  mengharapkan komuniti perniagaan  akan terus beersama dalam mengurus dan mengatasi  pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Perbadanan Labuan.

“Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan komuniti perniagaan untuk menghasilkan idea yang membina dan sebarang penyelasaian yang terbaik dalam membina semula ekonomi Labuan yang sejak kebelakangan ini agak lembab” katanya.

SUMBER : BORNEODAILYBULLETIN

 

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut