AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN | 22 SEPTEMBER 2022- YBrs. Encik Muhammad Zahir bin Mazlan, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan bersama-sama Encik Abd Muis bin Samsudin, Ketua Pegawai Penguat kuasa KPNHEP Negeri Sembilan dan Unit Kawalan Bekalan telah menjalankan pemeriksaan dan lawatan di sebuah syarikat pembungkusan minyak masak peket bersubsidi 1 kg di Metro Sendayan.

Semasa lawatan ini, Pengarah dan KPPN KPDNHEP Negeri Sembilan telah diberi penerangan oleh Penyelia Syarikat berhubung operasi syarikat pembungkusan minyak masak peket bersubsidi 1kg ini. Lawatan dan pemeriksaan seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan kedudukan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran adalah mencukupi untuk kegunaan pengguna.

 

Sumber :KPDNHEP Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …