LADANG BABI HARAM: TINDAKAN ROBOH PREMIS BOLEH DIAMBIL

SEREMBAN: Tindakan tegas sehingga merobohkan premis ternakan akan diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan sekiranya penternak-penternak babi di sekitar Kampung Baru Tanah Merah Site A dan Site C masih berdegil untuk menjalankan penternakan haiwan tersebut secara haram di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi peluang untuk penternak-penternak terlibat untuk menghenti dan memindahkan ternakan mereka itu sebelum sebarang tindakan tegas mengikut undang-undang diambil.

“Memang ada dalam perbincangan (untuk merobohkan) bagaimanapun kami minta Exco Pertanian (dan Industri Asas Tani) ADUN kawasan, untuk turun sekali lagi dalam tempoh seminggu ini, bagi menasihati mereka (penternak) supaya memindahkan semua ternakan di kawasan tersebut.

“Kami tidak mahu terus roboh, kami akan berikan juga notis dan maklumkan. Kerajaan negeri memikirkan kepentingan umum yang lebih ramai. Tindakan diambil ini merupakan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri, bagi menangani masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan berlaku pencemaran teruk di Sungai Rambai di Lukut dekat sini yang dikatakan turut berpunca daripada aktiviti penternakan babi di kawasan Kampung Baru Tanah Merah Site A dan Site C di sini.

Kemudiannya, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir dilaporkan berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangangi isu ladang-ladang ternakan babi haram di kawasan berkenaan.

Beliau menambah, tindakan pembersihan serta pemusnahan kandang-kandang babi di kawasan itu juga akan diambil mengikut lunas undang-undang.- UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut