SUSPEK KES SAMUN RUMAH DI TIMUR LAUT BERJAYA DIBERKAS POLIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berjaya menahan lelaki etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah rumah pada Sabtu lalu.

Penahanan itu dilakukan susulan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki di lampu isyarat berhampiran Jalan Dato’ Ismail Hashim di sini, baru-baru ini. Walau bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri dan bertindak memandu kereta berkenaan sejauh empat kilometer dari lokasi serbuan sebelum berjaya diberkas di kawasan berhampiran Setia SPICE Arena.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian dan tangkapan berkenaan.

Sumber rujukan : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …