KARNIVAL UDA BERI PELUANG USAHAWAN KECIL KEMBANGKAN POTENSI PERNIAGAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

UDA Holdings Berhad (UDA) sentiasa komited memberikan bantuan kepada usahawan di seluruh negara dengan mempelbagaikan aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan potensi ekonomi perniagaan mereka.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata pihaknya mengambil inisiatif berkolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia untuk membantu mengembangkan potensi keluarga usahawan, di samping meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Menariknya, karnival UDA ini berlangsung selama tiga (3) bulan sehingga Oktober depan di lima lokasi terpilih di seluruh negara. Di Pulau Pinang, karnival tersebut telah berlangsungĀ  di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Oleh itu, beliau berharap agar inisiatif yang dilaksanakan dapat menarik minat dan menggalakkan penyertaan golongan wanita, belia serta graduan dalam bidang keusahawanan bagi merapatkan jurang ekonomi Keluarga Malaysia.

Sumber rujukan : Harian Metro dan Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut