RITHUAN ISMAIL DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN LABUAN

LABUAN: Rithuan Ismail dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (LC) berkuat kuasa 1 Okt hingga 30 Sept 2024.
Beliau menggantikan Dr Fary Akmal Osman yang kontraknya tamat pada 8 Okt 2021.
Rithuan, 54, warga Labuan pertama yang dilantik ke jawatan eksekutif tertinggi dalam pihak berkuasa tempatan itu, telah berkhidmat dengan LC sejak 1994 semasa dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Labuan, sebelum menjadi perbadanan pada 2001.
Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi dan Perakaunan) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim menyampaikan watikah pelantikan itu hari ini selaras dengan subseksyen 10 (1) Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609) di Menara Perbadanan Labuan di sini, disaksikan oleh Pengerusi LC Senator Datuk Bashir Alias.
“Dengan keupayaan dan pengalaman luas beliau dalam perbadanan ini, saya yakin Rithuan akan dapat membawa LC ke tahap yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan itu.
Shahidan berkata Rithuan bersama Bashir, kini perlu menumpukan perhatian untuk menarik pelabur tempatan dan asing ke pulau itu.
“Labuan memerlukan pelaburan untuk meningkatkan ekonominya, LC kini mesti memberi tumpuan kepada bagaimana ia boleh menarik pelabur dan memudahkan pelaburan mereka di pulau ini,” katanya.
Shahidan turut mengarahkan LC, sebagai agensi utama di Wilayah Persekutuan ini, untuk menyelaraskan peruntukan bagi pembangunan dan program daripada pelbagai agensi kerajaan demi kepentingan rakyat di pulau tersebut.
SUMBER :BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut