PELANTAR BERNILAI LEBIH RM2 JUTA BAKAL JADI TARIKAN BARU DI GUNUNG JERAI

Pelantar baharu bernilai lebih RM2 juta bakal dibina di puncak Gunung Jerai yang akan menjadi satu tarikan pelancongan terbaru di daerah Yan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah memohon peruntukan kepada kerajaan Persekutuan untuk membina satu platform di puncak Gunung Jerai atas faktor kekurangan kawasan tanah rata di sana.

“Pelantar itu akan dibina dari restoran di puncak Gunung Jerai melunjur ke hadapan dan peruntukannya mencecah RM2 juta lebih,” jelasnya dalam sidang media selepas menghadiri Dialog Bajet 2023 di Raia Hotel and Convention Centre semalam.

Beliau turut mengulas tular isu jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi merosot akibat kenaikan harga barang dan pelancong lebih memilih bercuti di Thailand.

Katanya, harga di Langkawi masih dalam kawalan dan lebih murah berbanding negara jiran.

“Kita tidak boleh halang orang nak pi Thailand, pada masa yang sama kita perlu meningkatkan lagi tarikan di tempat kita,” ujar Sanusi.

Muhammad Sanusi juga menggesa untuk menghentikan kempen negatif terhadap Pulau Langkawi.

“Cuma hentikan sebarang kempen yang memburukkan Langkawi.Harga biasa sahaja, Thailand lebih mahal sebab nilai duitnya lebih besar, baik pergi Langkawi,” ujarnya.

Kerajaan negeri menurut beliau akan bekerjasama dengan ejen-ejen pelancongan untuk mempergiatkan lagi promosi di pulau tersebut dan tempat pelancongan yang berpotensi di Kedah.

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …