HAMPIR 95KG SAMPAH DIBUANG!

?????? 95 ?? ?????? ???? ??????? ?? ??????? ???????? ????????? ????????? ??????? (???) ????? ?? ????? ??????, ???????? ???????? ??????? ????? ????? ?? ??? (???) 2022

20 September 2022 (Selasa) – Dalam usaha memastikan kawasan sempadan ke Putrajaya bersih dari sampah jalanan, SWCorp Wilayah Persekutuan telah melaksanakan plogging di sekitar jejambat LDP susur ke Taman Equine, Selangor.

Beberapa syarikat swasta dan syarikat Sub-Kontraktor Alam Flora Sdn Bhd bagi kawasan Putrajaya yang telah mendaftar sebelum ini untuk melaksanakan program World Clean Up Day (WCD) 2022 di Putrajaya telah menyahut cabaran melaksanakan plogging di lokasi ini.

Seramai 20 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan (PWP) telah turut serta dalam aktiviti plogging ini. Amat mengejutkan kerana hasil kutipan sampah yang dibuang oleh pemandu dan penumpang kenderaan adalah amat banyak sekali bagi jalan yang tidak sampai 1 km dan tempoh kutipan pula singkat.

Selepas 45 minit dan menyusuri sepanjang 800 meter sisa sebanyak 94.5 kg sisa berjaya dikutip. Dari jumlah tersebut 47 kg atau 50% darinya adalah sisa yang boleh dikitar semula. Sisa lain yang dipungut adalah plastik (28.8 kg), getah/kulit (3.8 kg), besi (6.3 kg), kertas (5.1 kg), e-waste (3 kg) lain-lain sisa (47.5 kg), puntung rokok (795 puntung) dan penutup muka (45 unit).

Selain litter picker, cangkul turut digunakan untuk sampah yg dah melekat di permukaan tanah; penyapu, penyodok, pencakar pula untuk mengaut putung rokok. PWP amat berharap supaya sikap membuang sampah dari kenderaan ini diubah. Simpan sampah anda, sediakan tong kecil atau plastik smapah di dalam kenderaan, dan dibuang di tempat yang disediakan.

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut