PERHEBATKAN PENGUATKUASAAN LARANGAN MEROKOK – EXCO

AYER KEROH – Penguatkuasaan larangan merokok khusus di Zon Melaka Bebas Asap Rokok akan terus dipertingkatkan kata Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Katanya, penguatkuasaan menerusi Akta Larangan Merokok itu membabitkan bahan tembakau dan penggunaan vape di lokasi tumpuan awam sekitar Negeri Melaka.

Dr Muhamad Akmal berkata, selain aktiviti penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka turut melakukan promosi termasuk di premis tumpuan awam seperti restoran dan kedai menjual makanan.

“Jika ada pengusaha dikesan gagal mempamerkan papan tanda larangan merokok di premis masing-masing, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut akta yang kita ada.

“Orang awam yang nampak mereka (peniaga) ini menyalahi undang-undang juga diminta laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pejabat kesihatan daerah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2022 Peringkat Negeri Melaka ‘Safer Food, Better Health’ di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Ruzita Mustaffa.

Menurutnya, larangan itu dikuatkuasakan di tempat awam kerana perbuatan merokok akan menggangu persekitaran khususnya anak-anak kecil.

“Negeri melaka ini adalah kawasan bebas merokok, kita mahu semuanya bebas merokok, sebab itu kita ada menyediakan tempat khas jika ada individu yang ingin merokok,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …