PERKASAKAN INDUSTRI KOKO MELAKA

 

DURIAN TUNGGAL – Industri koko di Negeri Melaka akan diperkasakan lagi dan dijadikan sebagai salah satu produk eko pelancongan, sekali gus menarik lebih ramai pelawat ke negeri ini.

Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Masrul Faizal Mohamad berkata, ketika ini pengeluaran koko premium yang menyumbang kepada penghasilan coklat negara menjadi kekuatan industri itu di Negeri Melaka.

Katanya, bagi memperkasakan lagi industri itu pihaknya bercadang mewujudkan sebuah kawasan khusus bertujuan untuk mempromosikan, memberikan pendedahan dan pendidikan mengenai penanaman koko di Negeri Melaka kepada pelancong domestik serta asing.

“Kami mahu pelawat merasai sendiri pengalaman menanam pokok koko, memetik buah dan diberi pendedahan mengenai proses menghasilkan koko premium berkualiti yang sudah terkenal di peringkat antarabangsa.

“Jadi pelawat bukan sekadar datang dan membeli produk sudah siap, sebaliknya tahu bagaimana proses menghasilkan coklat daripada biji koko.

“Secara tidak langsung kita dapat mempelbagaikan lagi produk pelancongan tempatan, pelawat juga ada pilihan tempat persinggahan menarik bukan sekadar datang ke Negeri Melaka dan menikmati ikan bakar sahaja,” katanya.

IMG-20220919-WA0003
MASRUL (kanan) ketika melawat ke Ladang Koko syarikat Ting Agro Enterprise di Durian Tunggal.

Beliau berkata, demikian ketika mengadakan lawatan ke Ladang Koko syarikat Ting Agro Enterprise di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Lawatan itu turut disertai Setiausaha Politik Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut