TUKUN TIRUAN MAMPU TAMBAH HASIL TANGKAPAN IKAN

Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DoF) melaksanakan satu projek menurunkan tukun tiruan ke dasar laut di perairan Pulau Balar berhampiran Pulau Langkawi bagi tujuan meningkatkan sumber perikanan, mencegah pencerobohan nelayan pukat tunda, mengurangkan konflik antara nelayan tradisional dan komersial selain meningkat peluang nelayan berskala kecil untuk menambah pendapatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan, Hal Ehwal Masyarakat India Negeri, Dato’ Azman Nasruddin berkata tukun tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semula jadi seperti batu, konkrit dan kayu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat tiruan kepada pelbagai hidupan marin. Terdapat juga tukun tiruan yang dihasilkan dengan cara menenggelamkan bot-bot lama dan rampasan yang dilucutkan hak oleh mahkamah.
“Spesies ikan komersial yang selalu ditemui di kawasan tukun tiruan adalah ikan kerapu, merah, jenahak, kaci, tebal bibir, delah, dengkis, tetanda, yu, pari dan lain-lain. Walaubagaimana pun, bukan semua spesis ini kekal berada di kawasan tukun sepanjang tahun. Banyak spesies hanya singgah untuk membiak, berlindung atau mencari makanan buat sementara waktu sahaja sebelum berpindah ke tempat lain mengikut kitaran hidupnya.
“Keberkesanan sesuatu tukun tiruan itu adalah bergantung kepada pemeliharaan dan penjagaannya daripada penggunaan sumber berlebihan. Di sini ingin saya menyeru kepada semua pihak untuk turut sama menjaga tukun tiruan yang dilabuhkan ini. Jangan meletakan bubu atau memukat di sekitar struktur tukun tiruan. Biarlah struktur tukun ini menjadi ‘matang’ dengan ditumbuhi hidupan marin yang lain bagi membentuk suatu habitat yang mampu menarik lebih banyak ikan-ikan mendiaminya. Hasil limpahan ‘spiil over effect’ daripada habitat tukun ini akan dapat dinikmati dan dituai oleh nelayan sekitar Pulau Balar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Melabuh Tukun Konservasi di Perairan Pulau Balar berdekatan Pulau Langkawi di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perikanan Malaysia, Dato’ Mohd Mokhtar Mahmud; Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Abdul Halim Marzuki; Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Sukri Deris; Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Juwaidi Mahmood dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi (Pembangunan), Zulkifli Abdullah.
Dalam perkembangan yang sama, Azman memaklumkan sebanyak 11 tukun tiruan dilabuhkan pada hari ini melibatkan kos sebanyak RM263,600.00 menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang akan memberi limpahan sumber perikanan daripada kawasan ini dan akan memberi manfaat kepada 2,348 orang nelayan khususnya di perairan Langkawi.
“Ini adalah kali kedua tukun konservasi dilabuhkan di sini. Sebelum ini ianya telah dilabuhkan di sekitar kawasan ini juga pada tahun 2020 yang lalu manakala di perairan sekitar Yan di mana saya sendiri melancarkan program seumpama ini pada tahun 2019.
“Jabatan Perikanan sedang merancang untuk memperbanyakan lagi tukun tiruan ini di seluruh negara dan diharap Negeri Kedah ini akan menjadi tempat tumpuan untuk diturunkan tukun-tukun tiruan ini,” ujarnya.
Jabatan Perikanan Malaysia (DoF) merupakan agensi Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan tukun tiruan bagi pemuliharaan stok dan sumber perikanan negara. Justeru itu, bagi Negeri Kedah, pihak Jabatan telah memulakan pembinaan tukun tiruan pada tahun 1975 di Pulau Telur. Namun sejak 2011, kesemua tukun tiruan dan unjam diletak di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM28 juta untuk pembinaan 115 tapak tukun tiruan di seluruh perairan negara di antara tahun 2006 hingga 2010.

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut