PERPUSTAKAAN DIGITAL KEDAH JADI PEMANGKIN EKONOMI DIGITAL

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan merasmikan Bangunan Perpustakaan Digital Kedah (KDL) pada 15 September yang lepas.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah; Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Yang Berhormat Mohd Firdaus Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Perpustakaan Awam Negeri Kedah serta dif – dif kehormat yang lain.

Dalam titah perasmian Baginda bertitah, “Amalan membaca adalah satu budaya atau amalan harian di mana ia dapat membentuk insan yang berilmu pengetahuan dan dapat mencapai kejayaan yang baik.”

Titah Baginda lagi “Melestarikan Budaya Membaca adalah faktor utama bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya dengan menjadikan membaca sebagai amalan atau budaya.” Baginda juga menyeru agar orang ramai terutamanya rakyat di negeri ini memanfaatkan sebaik-baiknya kemudahan yang disediakan. Baginda seterusnya perkenan bercemar duli bagi meletakkan tangan di pad khas perasmian sebagai gimik majlis perasmian tersebut.

YAB Menteri Besar dalam ucapannya pada majlis yang sama berkata, penubuhan KDL merupakan satu inisiatif yang menerapkan penambahbaikan aspek digitalisasi dalam penyediaan kemudahan kepada orang ramai dan ia juga signifikan bagi mengukuhkan budaya membaca yang disesuaikan dengan ekosistem digitalisasi kini.

Selain itu, KDL ini juga berpotensi menjadi pusat pembangunan maklumat digital dan menyokong penguasaan teknologi digital dalam kalangan masyarakat di Kedah.

MKN Kedah berharap agar kemudahan dan fasiliti yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di negeri ini.

Foto: Kedah Royal Family & BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …