16 NELAYAN MYANMAR DITAHAN KERANA MENCEROBOH PERAIRAN TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 20 SEPTEMBER 2022


Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah berjaya menahan 18 nelayan yang berpengkalan di Pahang kerana melanggar syarat lesen apabila menceroboh Pantai Merchang bagi melakukan aktiviti penangkapan hasil laut. Daripada jumlah itu, seramai 16 daripada nelayan berkenaan merupakan warga Myanmar yang didapati tiada permit dan dua daripadanya merupakan warga tempatan. Kesemua nelayan yang ditahan itu akan diambil tindakan lanjut melalui siasatan mengikut undang-undang terhadap empat vesel zon C pukat tunda.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah bertindak atas aduan yang diterima daripada nelayan berkait isu pencerobohan iniĀ  kemudiann kita mengadakan tindakan penguatkuasaan melalui cawangan konservasi dan perlindungan perikananĀ  hasil daripada penguatkuasaan yang telah dilakukan pada jam 12 malam tadi.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganutelah menyita sebanyak lapan tan hasil laut yang bernilai kira-kira RM40,000 dan jenis kesalahan didakwa (disiasat) mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika. Kedua, mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 bersalah kerana menangkap ikan kurang dari dari 12 batu nautika dari perairan negeri lain serta dibawah seksyen yang sama kerana melakukan kesalah menggunakan kru asing tanpa kebenaran ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Menurut Jabatan Perikanan Negeri Terengganu lagi, antara lain kesalahan dilakukan nelayan terbabit ialah turut melanggar akta perikanan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawasan Larangan) (Rantau Abang 1991). Kesemua mereka ini ditahan di perairan Rantau Abang kira-kira enam hingga lapan batu nautika daripada pantai dan ini merupakan kes yang ke-38 yang telah melanggar Akta Perikanan 1985 yang dikendalikan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu.

Sumber foto : UPDI (Syaiful Mustafa)

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut