KERAJAAN TERENGGANU MEMPERUNTUKKAN SEBANYAK RM 2.5 JUTA BAGI MENGHADAPI BENCANA BANJIR 2022.


KUALA TERENGGANU, 14 SEPTEMBER 2022


Kerajaan Terengganu memperuntukan RM2.5 juta bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka tiba tidak lama lagi. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta disalurkan kerajaan Persekutuan manakala RM1 juta lagi daripada kerajaan negeri bagi pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, tuala, kain batik dan kain pelekat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan bekalan bencana ini di sebuah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) yang berkapasiti besar di Marang, 17 mini depoh dan 149 pangkalan hadapan yang terdapat di seluruh negeri. Bekalan keperluan mangsa bencana ini akan mula diagihkan mulai awal Oktober hingga pertengahan Oktober ke mini depoh dan pengkalan hadapan termasuk di kawasan yang berisiko terputus hubungan seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian. JKM juga telah menyediakan sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung seramai 147,600 mangsa banjir.

Sementara itu,  sebanyak 187 stesen hidrologi pemantauan banjir akan beroperasi di seluruh Terengganu pada musim tengkujuh kali ini yang berfungsi sebagai amaran awal apabila paras sungai mencecah tahap bahaya. 87 stesen hidrologi beroperasi sebelum ini manakala tambahan 34 stesen daripada Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa Satu sudah beroperasi sejak Ogos tahun lalu. Selain itu, sebanyak 66 lagi stesen baharu daripada PRAB Fasa Dua yang sedang dalam pembinaan pula dijangka siap pada November ini.

Sebanyak 21 siren turut dipasang di kawasan berisiko dengan jumlah paling banyak adalah Setiu diikuti Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang dan Kuala Nerus. Siren ini akan memberi amaran awal kepada penduduk untuk segera berpindah ke PPS berhampiran dan kita harap orang ramai dapat mengambil langkah awal bagi mengelak mereka terperangkap dalam banjir.

Artikel/Berita Terkini

FASA PERALIHAN MONSUN

FASA PERALIHAN MONSUN Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, hal ini susulan permulaan fasa peralihan monsun …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan …
Maklumat Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut