KEBIMBANGAN MANGSA ALIRAN PUING, BALING BAKAL BERAKHIR

Kerajaan Negeri Kedah telah memulakan proses pengambilan balik tanah Kampung Seneyek, Baling untuk dibuat penempatan sebanyak 17 buah rumah kepada mangsa-mangsa banjir aliran puing yang terletak dalam zon kuning iaitu kawasan yang berisiko tinggi berlaku bencana banjir.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata semasa lawatan Perdana Menteri ke Baling baru-baru ini telah meluluskan peruntukan khas bagi pengambilan balik tanah dan mendirikan 17 buah rumah berjumlah RM4 juta.
“Saya harap perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana penduduk-penduduk di sekitar Sungai Iboi ini sentiasa dihantui kebimbangan kerana apabila aliran air sudah terbentuk dan jika berlaku hujan menyebabkan tiada jalan lain yang akan dilalui, air tersebut akan menuju ke Sungai Iboi dan akan menyebabkan berlaku lambakan serta terhasil banjir.
“Baru-baru ini juga berlaku banjir, dapat dilihat berlaku tambahan air naik melepasi sungai tersebut kerana terdapat sampah-sarap yang terkumpul sehingga melebihi jambatan yang telah disediakan menyebabkan jambatan tersebut hampir ditenggelami. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) segera memperbaiki jambatan dengan menaikkan aras jambatan setinggi satu meter dari aras asal kerana didapati terlalu rendah untuk mengelak sampah-sarap tersangkut di situ yang akan menyebabkan aliran air terganggu dan kerja-kerja mengangkat jambatan tersebut telah berjaya dilakukan dalam masa empat hari serta boleh digunakan tiga hari yang lalu.
“Selain itu, kerajaan juga berharap supaya kejadian banjir tidak berlaku lagi dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dengan mengorek dan memperdalam dasar sungai dan juga mengukuhkan tebing sungai. Kerja-kerja ini sentiasa berjalan tanpa henti cuma mengambil masa kerana pihak-pihak berkenaan terpaksa mengorek keluar pasir-pasir di dasar sungai sehingga bertemu dasar asal sungai tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan Negeri, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman.
Dalam perkembangan yang sama, Sanusi juga berkata kerajaan telah melantik Pemodalan Kedah Berhad (PKB) sebuah syarikat milik GLC untuk kerja-kerja mengeluarkan pasir dari tebing sungai yang dikorek oleh JPS. Usaha-usaha yang telah dibuat ini adalah berdasarkan laporan jawatankuasa khas di mana cadangan-cadangan mereka telah diambil tindakan oleh kerajaan supaya dapat mengelak kejadian banjir aliran poing kali yang kedua di kawasan terbabit.
“Kerajaan Negeri berharap projek-projek menyiapkan 17 buah rumah untuk mangsa banjir ini dapat disiapkan dengan kadar segera di mana Kerajaan Negeri akan membina 12 buah rumah di kampung tersebut dan tapak berdekatan sebanyak lapan buah yang akan disiapkan sebelum bulan Disember nanti, kerana kerajaan telah memberi bantuan sewa rumah kepada mangsa-mangsa banjir ini sehingga bulan Disember sahaja,” ujarnya.
Sumber: https://www.facebook.com/umkkedah

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut