PERSAMPELAN AIR TANAH OLEH UNIT PENGAWASAN JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menjalankan kerja-kerja persampelan di stesen pemantauan kualiti air tanah yang terletak di Kawasan Perindustrian (FTZ) Bayan Lepas pada 12 September 2022 (Isnin) yang lepas.

Kerja-kerja persampelan ini difokuskan kepada stesen air tanah yang terletak di dalam kawasan perindustrian. Kerja-kerja persampelan ini juga bertujuan untuk memastikan kandungan dan parameter-parameter berkenaan air tanah sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan.

Sampel-sampel yang telah diambil telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisa. Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sentiasa komited dalam memantau stesen-stesen pengawasan yang telah ditetapkan bagi memastikan indikator tahap pencemaran sentiasa berada pada tahap yang baik.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …