HARI MALAYSIA : PENGUNJUNG DIGALAK PAKAI BUSANA TRADISIONAL, RAIKAN KEPELBAGAIAN

KUALA LUMPUR, 13 September – Keluarga Malaysia yang ingin hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka, digalakkan mengenakan busana era 50-an, 60-an atau pakaian tradisi masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara mencapai kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia.

“Di situ nanti kita boleh lihat kepelbagaian kaum, dan di sebalik kepelbagaian itu ada penyatuan di antara kaum.

“Ini adalah antara aspirasi dalam Keluarga Malaysia iaitu Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran dan dengan kita bersyukur, maknanya kita boleh kumpul serentak dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama dalam satu platform bagi meraikan sambutan Hari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program wawancara Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Menurut Mohammad pengujung yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Ernie Zakri, Jimmy Palikat dan persembahan lakonan semula detik-detik bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di lokasi bersejarah itu.

Sementara itu, Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata persiapan sambutan pada 16 Sept nanti telah mencapai kemajuan hampir 80 peratus.

“Saya amat berharap semoga acara berlangsung dengan lancar, kita berdoa agar cuaca baik…saya juga ingin menggalakkan pengunjung hadir bukan sahaja dari Melaka malah dari negeri sekitar seperti Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …