TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI PERAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Latar Belakang Negeri

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosil-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Titik sejarah Negeri Perak bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan penemuan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Sumber: Kerajaan Negeri PerakΒ 

Bendera Negeri

Sejarah bendera negeri Perak dipercayai mula diperkenalkan oleh Kesultanan Perak yang menggunakan bendera berwarna putih sebelum tahun 1879. Menurut catatan sejarah, pada sekitar penghujung abad ke-19 atau awal abad ke-20, negeri Perak telah menggantikan bendera yang lama dengan bendera yang mempunya tiga jalurΒ  sana lebar berwarna putih, kuning dan hitam. Ia dikatakan diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Perak yang ke-28, Sultan Idris Murshidul’Adzam Shah dari tahun 1887 sehingga tahun 1916. Pada awalnya, warna hitam pada bendera melambangkan Raja Bendahara yang ketika itu berada dibelakang Raja Muda dalam penggiliran takhta. Namun, pada hari ini, warna hitam melambangkan Raja Di Hilir Perak.

Jata Negeri

Jata negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.

Jata secara keseluruhannya membawa maksud kedaulatan Raja memerintah. Bulan sabit membawa maksud agama Islam sebagai agama rasmi, manakala, bunga padi bermaksud sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Β 

Lagu Negeri

Dilanjutkan Allah usianya Sultan

Adil dan murah memerintah watan

Ditaati rakyat kiri dan kanan

Iman yang soleh Allah kurniakan

Allah berkati Perak Ridzuan

Allah selamatkan negeri dan Sultan

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut