PENGGUNA BUAT PILIHAN BIJAK SEBELUM BERBELANJA DALAM PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN BERSAMA PEJABAT PENERANGAN DAERAH KUALA KRAI

 

KUALA KRAI 06 Sept : Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini telah diadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Kuala Krai 2022 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Krai, Kelantan berlangsung pada petang semalam.
Program diadakan di Kedai Kopi Shafiq Mat Golok, Kampung Baru Kuala Pertang, Kuala Krai dihadiri oleh peniaga, pengguna dan penduduk kampung tersebut.
Sebagai simbolik pelancaran kempen, pihak urusetia menyediakan bendera Malaysia untuk diletakkan serta dikibarkan di kenderaan kereta dan motosikal yang melalui lokasi program
.
Terdahulu atas jemputan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Krai, satu taklimat penerangan kepada hadirin sempurna disampaikan YBrs. Tuan Zubaery bin Othman, dari KPDNHEP Cawangan Kuala Krai dengan tajuk Peranan KPDNHEP dalam menangani kenaikan harga barangan.
Dalam taklimat penerangan tersebut menyarankan pengguna supaya membuat pilihan bijak sebelum berbelanja antaranya membuat perbandingan awal mengenai harga sesuatu barangan, kualiti barangan dan cara pembayaran sebelum berbelanja.
Selain itu supaya mendapat kepuasan hati antara kedua pihak diantara pembeli serta peniaga bagi mewujudkan perdagangan yang harmoni. “Pengguna Bijak Faedahnya Banyak”.
Objektif pelaksanaan taklimat bagi memastikan pengguna mendapatkan pendedahan berkaitan Kepenggunaan melalui taklimat dan penerangan serta hebahan dalam program ini.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …