TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI SEMBILAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Latar Belakang Negeri

Negeri Sembilan merupakan negeri yang terkenal dengan Adat Perpatih. Ia terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri Selangor di sebelah utara, negeri Pahang di sebelah timur, negeri Johor di sebelah tenggara dan negeri Melaka di sebelah selatan. Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri Sembilan dibahagikan kepada empat daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol. Undang Berempat merupakan ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu. Para pembesar lain di bawah Undang dan Penghulu dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada suku-suku anggota masyarakat. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya dalam aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.

Suku masyarakat Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut. Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja. Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian.

Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud ‘sembilan buah negeri’ di dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama merujuk kepada Jelai, Jelebu, Johol, Kelang, Naning, Rembau, Segamat, Parit Besar , Ulu Pahang dan Sungei Ujong. Negeri Sembilan dengan keluasan 6,645 km persegi mempunyai tujuh daerah iaitu Seremban (ibu negeri), Jelebu, Jempol, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Port Dickson.

Bendera Negeri

Warna kuning pada bendera Negeri Sembilan membawa maksud Duli Yang Maha Mulia Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah melambangkan rakyat Negeri Sembilan, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Jata Negeri

Jata negeri sembilan memperlihatkan sembilan tangkai padi di dalam perisai bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna Merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam bermaksud Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Warna kuning pula bermakna Yang Di-Pertuan Besar manakala Bintang Pecah Sembilan menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama. Pedang dan sarung di atas perisai memberi maksud Tanda Keadilan serta di tengah jata antara pedang dan sarung terletak Changgai Putri tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar

Lirik Lagu Negeri

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut