PEMAKANAN SIHAT REMAJA AKTIF

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Remaja yang aktif memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang selari dengan keperluan kalori mereka bagi menyokong pertumbuhan serta perkembangan mereka. Ikuti 5 tip pemakanan sihat bagi remaja yang aktif!

1. Makan sayur dan buah pelbagai warna setiap hari

Ambil 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari. Kepelbagaian warna dalam sayur dan buah membekalkan kepelbagaian vitamin dan mineral bagi menyokong sistem imuniti badan. Selain itu, sayur dan buah membekalkan serat yang baik untuk sistem penghadaman.

2. Minum susu 2-3 gelas sehari

Susu mengandungi kalsium yang membantu pembentukan tulang dan gigi. Remaja merupakan fasa pertumbuhan yang pesat, keperluan kalsium yang cukup membantu remaja yang aktif mencapai tahap ketinggian optimum.

3. Minum air kosong 6-8 gelas sehari.

Ambil sekurang-kurangnya 2 gelas air kosong selepas melakukan aktiviti fizikal.

4. Mulakan hari anda dengan sarapan pagi

Sarapan pagi membekalkan sumber tenaga pertama bagi memulakan aktiviti harian. Untuk remaja kekal aktif dan bertenaga, ambil sarapan di awal pagi. Sarapan pagi yang seimbang bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga membantu dalam pelajaran. Ambil sarapan pagi untuk sentiasa cergas dan cerdas

5. Pelbagaikan sumber protein

Dalam sehari, ambil 1 sajian ikan, 1-2 sajian ayam/telur/daging dan 1 sajian legum. Kepelbagaian sumber protein memberikan kepelbagaian sumber asid amino yang membantu dalam pembentukan sel otot. Remaja yang aktif perlu cukup keperluan protein bagi membantu mengekalkan stamina mereka.

Sumber: Facebook NutrionistKKM

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut