KKM KAJI KELONGGARAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengkaji keperluan melonggarkan pemakaian pelitup muka seperti dilaksana Singapura Ogos lalu.

Singapura telah menghapuskan syarat memakai pelitup muka di kawasan tertutup kecuali dalam pengangkutan awam dan persekitaran berisiko tinggi seperti kemudahan penjagaan kesihatan. Negara tersebut juga mengemas kini peraturan menggugurkan keperluan kuarantin tujuh hari bagi pengembara yang tidak divaksin.

Namun begitu, adalah diingatkan bahawa Malaysia dan seluruh dunia kini berdepan ancaman kesihatan global baharu iaitu β€˜monkeypox’ atau cacar monyet. Walaupun Malaysia masih bebas dari ancaman cacar monyet ketika ini, namun pergerakan keluar masuk rakyat dan pelawat ke Malaysia saban hari boleh menambahkan risiko untuk ia merebak di dalam negara.

Gelombang jangkitan cacar monyet bermula pada awal Mei lalu dengan kes pertama dikesan di United Kingdom, sebelum merebak pantas ke negara-negara lain di Eropah dan Amerika Utara melalui jangkitan daripada manusia kepada manusia. Setakat ini, penyakit itu direkodkan di 99 buah negara dengan 92 daripadanya tidak ada sejarah jangkitan cacar monyet, penyakit yang disebabkan oleh orthopoxvirus. Penyakit ini lazimnya hanya ditemukan di benua Afrika dan dijangkitkan kepada manusia oleh haiwan, khususnya spesies rodensia.

Kebanyakan negara terawal merekodkan kes cacar monyet melalui jangkitan manusia kepada manusia di Eropah dan Amerika Utara adalah dalam kalangan negara paling awal melonggarkan langkah pencegahan Covid-19. Cacar monyet lazimnya merebak melalui sentuhan dengan cecair badan, sentuhan langsung pada lesi atau lepuh yang merupakan antara ciri-ciri cacar, dan barang yang terdedah kepada jangkitan itu seperti cadar.

Oleh itu langkah-langkah pencegahan Covid-19 seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka yang masih berkuatkuasa di negara ini antara langkah pencegahan yang boleh diambil untuk menghalang penularan virus cacar monyet.

Sumber rujukan :

Berita Harian dan Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

ETS TIBA DI SEGAMAT JOHOR

Bestnya!! Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal beroperasi hingga ke stesen Segamat, Johor bermula 1 …
Maklumat Lanjut

JANGAN KONGSI NO. TAC/OTP, NO. KAD ATM, NO. PIN KAD, ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN ANDA!

JANGAN KONGSI NO. TAC/OTP, NO. KAD ATM, NO. PIN KAD, ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN ANDA! Ada orang minta ID …
Maklumat Lanjut