PROGRAM PERSAMPELAN BAHAN API DI STESEN PAM MINYAK NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2007 Pindaan 2013 telah menetapkan bahawa pegawai diberi kuasa boleh menyiasat, memeriksa dan mengambil sampel apa-apa bahan api yang ditafsirkan di bawah peraturan ini untuk tujuan penguatkuasaan bagi memastikan kandungan bahan api mematuhi standard kandungan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan ini.

Sehubungan itu, pegawai penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menjalankan persampelan bahan api ke atas beberapa stesen minyak di sekitar negeri Pulau Pinang.

Program kawalan kandungan bahan api ini adalah bagi maksud menjadikan bahan api yang dibekalkan di stesen-stesen pam minyak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah peraturan ini.

 

Sumber:

Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …