LADANG VANILA PINTAR DI PULAU PINANG MANFAAT TEKNOLOGI PERTANIAN 4.0

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Ladang Vanila di Taman Agro Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah satu-satunya ladang vanila yang menggunakan teknologi pintar di Malaysia. Ianya adalah selari dengan era revolusi industri 4.0 dan diselia oleh Kairos Agriculture. Ladang berkenaan menggunakan teknologi agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan (IOT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.

Kairos Agriculture memaklumkan bahawa pihaknya memaksimumkan penggunaan teknologi bagi menjimatkan penggunaan tenaga kerja dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kualiti vanila yang ditanam.

Kairos Agriculture turut memaklumkan bahawa pihak mereka kini memberi tumpuan kepada usaha mengeksport vanila ke Jepun dan Singapura dan sedang mengintai pasaran lebih luas termasuk ke Eropah dan Amerika Syarikat. Lebih ramai pengusaha diharap akan terlibat dalam sektor ladang vanila di Malaysia dan dapat bekerjasama untuk menjenamakan vanila Malaysia. Ini boleh meningkatkan pasaran eksport seterusnya menjadikan produk vanila dari Malaysia ini kebanggaan negara.

Sumber : ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …