SEGAK BERTANJAK JALUR GEMILANG

AYER LIMAU 29 Ogos – Menggabungkan elemen tradisional dan patriotik, itulah dilakukan Abdul Ghafar Abdul Ghani yang tampil menggayakan buasana Melayu dan tanjak Jalur Gemilang bagi menunjukkan kecintaannya kepada negara.

Malah dia antara pengunjung yang menjadi tumpuan pada Karnival Islamik DUN Ayer Limau (Kalam Ilahi) 2022, di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, di sini, semalam.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Warisan Melayu Masjid Tanah berkata, kediaman dan kereta miliknya turut dihias menggunakan Jalur Gemilang bagi menarik orang ramai untuk bersama-sama menghargai kebebasan sebagai rakyat Malaysia dinikmati hasil usaha pejuang terdahulu.

“Kita sudah 65 tahun mencapai kemerdekaan, namun masih ramai yang dilihat tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

“Selain itu saya juga mahu memulihara pakaian tradisional, warisan pusaka bangsa kita. Secara tidak langsung apa saya lakukan adalah untuk mengenang kembali pahlawan kita dahulu,” katanya.

Katanya, busana Melayu lengkap dengan keris digayakan sebenarnya menunjukkan semangat perjuangan Melayu.

 

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …