ANAK MELAKA KINI BERGELAR JUARA DUNIA – KM

AYER KEROH – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, hari ini.

Katanya, kejayaan itu sungguh membanggakan untuk Malaysia dan juga Negeri Melaka memandangkan Aaron Chia merupakan anak kelahiran negeri ini.

Katanya, kejayaan itu juga dianggap sebagai hadiah istimewa menyambut Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

“Tentu sekali, seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira dengan berita kejayaan pasangan berkenaan, lebih-lebih lagi buat Aaron Chia yang berasal dari bumi bertuah, Melaka.

“Tahniah anak muda, anda berdua adalah wira sejati rakyat Malaysia. Inilah hadiah terbaik untuk menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …