HEBAHAN AWAM, NASIHAT INDIVIDU & EDARAN RISALAH PENCEGAHAN DENGGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)

Pada 28 Ogos 2022 (Ahad) yang lepas, COMBI Taman Chai Leng dengan kekuatan 6 orang ahli telah memasuki pasar awam untuk membuat Hebahan Awam dan Nasihat Individu serta mengedarkan risalah kepada para pengunjung.

Terdapat beberapa kes Denggi di kawasan Taman Chai Leng, oleh yang demikian, orang ramai diminta supaya mengamalkan tindakan pencegahan kendiri selama 10 minit setiap minggu iaitu, cari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk serta membersihkan rumah masing-masing. Pembersihan ini dapat dilaksanakan dengan melupuskan barang-barang dan bekas-bekas yang berpotensi menakung air sehingga menyebabkan pembiakan nyamuk.

Hapus Aedes Cegah Denggi!

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut