BARAT DAYA, PULAU PINANG: OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pada 28 Ogos 2022, satu (1) Ops Samseng Jalanan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPK Pulau Pinang yang bermula pada jam 0001 hrs Sehingga 0600 hrs di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Seagate).

Dalam operasi tersebut, satu (1) lelaki berusia 19 tahun telah ditahan dibawah Sek 42(1) APJ 1987 dan telah direman selama empat (4) hari sehingga 31 Ogos.

Tangkapan dilakukan berdasarkan hasil pemerhatian awal pihak polis mendapati terdapat sebuah motosikal membuat aksi dengan mengangkat tayar hadapan (Wheelie) berulang kali di lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu arah batu maung dan arah pusat bandar yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, sebanyak (3) buah motosikal telah di sita termasuk motosikal yang digunakan oleh pesalah Seksyen 42 APJ 1987 dan sebanyak (13) saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal terbabit.PDRM akan terus memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi membanteras aktiviti samseng jalanan ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat bagi sebarang kegiatan atau kejadian jenayah di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang boleh menyalurkan maklumat berkenaan terus ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian,:

04-8664122,

0192238169 (whatsapp) atau

Facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …