PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI SEMPENA PENANG WORLD CLEANUP DAY 2022 PERINGKAT NEGERI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Program Pembersihan Pantai Sempena Penang World Cleanup Day Tahun 2022 Peringkat Negeri di Bayan Lepas (D’Residence Persiaran Bayan Mutiara dan Pantai Queensbay Persiaran Bayan Indah) telah diadakan pada 27 Ogos 2022. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Program ini digerakkan oleh seramai 60 orang komuniti setempat D’Residence Persiaran Bayan Mutiara manakala seramai 150 orang pelajar dari 5 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekolah Kebangsaan Bayan Baru, Sekolah Kebangsaan Minden Height dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Confucion telah mengambil bahagian di pantai Queensbay.
Komuniti setempat, guru-guru dan para pelajar menunjukkan kesungguhan dan semangat berpasukan yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti hari ini. Program seumpama ini bukan sahaja dapat menyuntik sikap cintakan kebersihan alam sekitar, malah ia juga memupuk sikap lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa pepejal dengan betul dan mengawal impak perubahan iklim (climate change) secara holistik.
Sumber : Laman Facebook Rasmi MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …