SIAP DISEMBER 2022, JEJAMBAT WAKAF BHARU ATASI MASALAH TRAFIK

 

WAKAF BHARU – Kementerian Kerja Raya memaklumkan sebanyak 54 projek di Kelantan yang merangkumi pembangunan serta infrastrukutur yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kini dalam proses pelaksanaan termasuklah pembinaan jejambat yang merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.
Menurut Adun Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah, projek ini dilaksanakan khususnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana jambatan sedia ada terlalu sempit, dan tidak mampu menampung kapasiti trafik.
“Secara keseluruhan projek ini kini di peringkat pelaksanaan 89.3%, lewat sedikit daripada tarikh asal yang sepatutnya disiapkan disebabkan masalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, masalah tanah dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ia dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini, dan besar harapan saya dan kita semua dengan siapnya projek jejambat ini sekali gus dapat memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui pada program penerangan isu semasa di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor, semalam.
Projek pembinaan jejambat tersebut bernilai RM 105.5 juta yang membabitkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.56 kilometer (km) bermula di KM4.25 dan berakhir di KM6.06, dijangka akan melancarkan laluan daripada Kota Bharu ke Pengakalan Kubor apabila siap nanti.

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut