131 MALIM GUNUNG PERHUTANAN KELANTAN BAKAL SEMARAKKAN SEKTOR EKO-PELANCONGAN NEGERI

 

JELI – Seramai 131 peserta telah berjaya mengikuti Kursus Malim Gunung Perhutanan (MGP) Siri 14 dan 15 bermula 19 – 23 Ogos 2022 bertempat di Pondok Perdana Darul Naim, Bukit Bunga. Kursus anjuran Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Negeri Kelantan dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM).
Antara objektif Kursus MGP diperkenalkan adalah untuk mengurus aktiviti pendakian melalui jurupandu yang telah dilantih melalui penerapan ilmu asas perhutanan dan kemahiran pengurusan keselamatan pendakian kepada pendaki-pendaki gunung di Hutan Simpan Kekal (HSK). Ini kerana muktakhir ini banyak kes kemalangan dilaporkan berlaku ketika aktiviti pendakian di HSK.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …