TRIVIA KEMERDEKAAN 2022: BUNGA KEBANGSAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung.

Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria berikut : 

  • bunga raya yang sudah terkenal dan mudah didapati dalam negara;
  • warna dan bentuk yang menarik, melambangkan keberanian;
  • nama panggilan yang sama di seluruh negara;
  • sentiasa berbunga tidak kira musim; dan
  • bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. 

Kini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

Selain itu, Bunga Raya terus menjadi inspirasi dalam membentuk identiti negara dengan nama dan rupa bentuk Bunga Raya dijadikan simbol bagi mempamerkan identiti sebagaimana yang terdapat pada Jata Negara, logo, lencana, bendera, sulaman, setem, taman perumahan, jalan raya, bangunan, wang kertas serta wang syiling.

Bunga Raya telah didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut