PROGRAM BERSAMA KOMUNITI MENYANTUNI MASYARAKAT SEMPADAN KG. PULAU MABUL, SEMPORNA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH, PEJABAT WILAYAH TAWAU.

Semporna Sabah 20 Ogos 2022: Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau telah mengadakan program bersama komuniti menyantuni masyarakat sempadan di Kg. Pulau Mabul, Semporna.

Program tersebut dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan keselamatan kepada komuniti yang disampaikan oleh Ketua Pejabat Wilayah. Selain itu, aktiviti lain yang turut diadakan seperti pemberian sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat, pertandingan bola keranjang, pertandingan futsal dan sukan bersama  masyarakat setempat.

Objektif program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mempereratkan hubungan silaturahim bersama komuniti di Kawasan tersebut serta membantu masyarakat yang masih terkesan dengan masalah ekonomi akibat Pandemik Covid19. Selain daripada itu, perkara utama yang ditekankan adalah kerjasama antara penduduk dalam mencegah anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan di Kawasan Pulau Mabul.

Program yang dianjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …