SEKURITI MAKANAN: JALINAN KOLABORASI IPTA DENGAN UNIVERSITI SASKATCHEWAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus meneroka peluang kolaborasi bagi mempromosikan makanan rumusan kegunaan haiwan akuatik berasaskan sumber protein alternatif “Black Soldier Fly” (BSF) sebagai salah satu usaha menjayakan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempohari.

Sehubungan itu, UMT telah menandatangani sebuah MoU dengan Universiti Saskatchewan, Kanada semalam yang melibatkan usaha sama bagi pengkomersilan produk tersebut bagi pasaran di negara itu.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi yang sedang dalam rangka lawatan kerja beliau ke Kanada untuk menghadiri Persidangan Parlimen Negara-Negara Komanwel (CPC) 2022 bermula 21 hingga 26 Ogos 2022 turut berkesempatan menyaksikan MoU tersebut ditandatangani.

UMT turut mensasarkan BSF sebagai makanan alternatif kepada haiwan ternakan lain seperti ayam, itik, kambing, arnab dan lembu berikutan kajian pakar yang menemui khasiat kandungannya seperti protein, kitin serta lipid yang tinggi dan berkualiti untuk keperluan seharian, di samping taburan populasinya yang mudah ditemui di seluruh dunia.

Selain itu, kolaborasi ini bakal meningkatkan lagi reputasi Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi, Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan UMT (HICoE-AKUATROP) di mata dunia.

Turut sama Gordon S. Wyant, Menteri Pendidikan Lanjutan Saskatchewan, Prof. Airini Provos merangkap Naib Presiden Akademik USask, Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, CEO MQA dan Prof. Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT.

 

Sumber:

Kementerian Pengajian Tinggi

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut