?????? ??????????? ?????? 3? ??? ?????? ?????????? ??????? ????? ???? (?????) ?? ??????????? ????????? ?????? ????????

SWCorp Wilayah Persekutuan telah menyemarakkan amalan Go Green selaras dengan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) melalui Kempen Pembitaraan Amalan 3R dan Budaya Kebersihan Pejabat Sifar Sisa (PESIS) pada 18 Ogos 2022.

Tujuan SWCorp Wilayah Persekutuan melaksanakan kempen ini adalah untuk memastikan bahawa sisa pepejal di pejabat dapat diminimumkan dan diurus dengan baik. Aktiviti kitar semula dibudayakan, penjanaan sisa dan kos pengurusan sisa pepejal dikurangkan merupakan fokus utama PESIS.

Semasa pertemuan ini, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Puan Ummi Kalthum binti Shuib turut menyerahkan 1 set tong kitar semula kepada Ketua EKSA Encik Shahrul Nizam Ahmad daripada Bahagian Pembangunan sebagai galakan melaksanakan PESIS. Selain itu, beliau juga turut berkongsi info-info berkaitan amalan 3R dan budaya kerja PESIS kepada warga kerja KPTM yang turut serta dalam pertemuan ini.

 

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …