??? : ??? ????? ????

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur telah melaksanakan Table Top Exercise (TTX) Ops Hutanย  Batu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 17 Ogos 2022 bertempat di Mess Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman.

Penganjuran latihan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesiapsiagaan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan keselamatan di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Latihan tersebut juga memberi penambahbaikan dalam tatacara pengurusan keselamatan terutamanya bagi Arahan MKN No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan dan Arahan MKN No. 21: Mekanisme Ancaman Ketenteraman Awam.

Program berkenaan telah diisi dengan taklimat oleh Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya dan latihamal dikendalikan oleh pihak Maktab Polis Diraja Malaysia. Program dirasmikan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan turut dihadiri oleh YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Koordinasi dan integrasi antara pelbagai jentera Kerajaan (whole government approach) adalah prasyarat kepada keberkesanan pengurusan keselamatan negara sejajar dengan imej Kuala Lumpur & Putrajaya sebagai ‘Iconic City’ ” – YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …