OP CARILAMAT – MAYAT LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DITEMUI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Maritim Malaysia Pulau Pinang melalui Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menamatkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) selepas mayat mangsa ditemui pada jam 9.25 pagi 21 Ogos 2022 di perairan Tanjung Asam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, pusat operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang menerima laporan penemuan mayat mangsa daripada Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) yang ditubuhkan di Tanjung Manis, Gertak Sanggul. Mangsa ditemukan terapung oleh nelayan tempatan dan seterusnya memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa CARILAMAT yang melakukan pencarian.

Mayat mangsa yang ditemukan dibawa oleh bot Jabatan Bomba diiring oleh bot KILAT 26 serta agensi sahabat yang lain dan didaratkan di Pantai Tanjung Asam untuk proses pengecaman. Mayat mangsa diserahkan kepada Balai Polis Balik Pulau setelah proses pengecaman dilakukan oleh pihak keluarga seterusnya dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Sumber : APMM, HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …