DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$110.9 bilion (US$1=RM4.48) sehingga 15 Ogos, 2022 daripada US$109.2 bllion yang dicatatkan pada 29 Julai lepas. Kedudukan rizab tersebut adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. Menurut bank pusat itu dalam kenyataannya pada 22 Ogos 2020, komponen utama rizab antarabangsa terbabit adalah rizab mata wang asing (US$98.5 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak US$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion). Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM488.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM33.61 bilion). Selain itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM168.77 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.38 bilion), deposit institusi kewangan (RM173.78 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM10.22 bilion), deposit lain (RM12.32 bilion), kertas Bank Negara (RM7.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.73 bilion).
Sumber: Laman Web BERNAMA