DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)
Bagi mengenal pasti faktor gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, tiga pakar dalam bidang kejuruteraan air dan pengurusan lembangan tadahan air telah dilantik sebagai Panel Penyemak Bebas (PBB).
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, berkata pelantikan Datuk Ir Ting Chek Choon, Prof Datuk Dr Nor Azazi Zakaria dan Datuk Ir Lim Chow Hock itu selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 Ogos lalu.
Panel-panel terbabit akan membincang, meneliti dan mengkaji laporan ‘bedah siasat’ yang disediakan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengenai krisis bekalan air yang berlaku pada 6 hingga 11 Julai lalu. Panel berkenaan juga akan mengenal pasti faktor dan kelemahan ketika berlaku krisis air di Pulau Pinang, selain pihak yang bertanggungjawab. Mereka turut akan memberi cadangan langkah jangka pendek dan panjang bagi penyelesaian krisis air yang berlaku.
Sumber : BERITA HARIANΒ