OPS PREMIS BERSIH PENANG PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Satu (1) operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (UKKM, PKDSPT) di sekitar Jalan Permatang Rawa, Kubang Semang dan Bandar Perda pada 16 Ogos 2022.

Dalam operasi ini, sebanyak tujuh (7) premis makanan telah diperiksa. Hasil operasi sebanyak 22 notis kesalahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Antara kesalahan dijumpai adalah di bawah Per.11(2) iaitu menggaji pengendali makanan tanpa suntikan anti-tifoid dan latihan pengendali makanan, Per.32(3) iaitu tidak memakai pakaian perlindungan diri yang lengkap ketika mengendali makanan, Per.33(2) iaitu memakai perhiasan diri semasa mengendalikan makanan dan Per.34(2) iaitu tidak mengekalkan premis dalam keadaan bersih.

Jumlah keseluruhan tawaran kompaun adalah sebanyak RM 8650.00. Operasi disertai oleh disertai lapan (8) orang anggota penguatkuasa dari perjawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT).

Adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pengusaha premis makanan untuk memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan bersih pada setiap masa dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

 

Sumber:

Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …