MBPP BERGANDING TENAGA BERSAMA BOMBA DEMI KESELAMATAN WARGA BANDARAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Berpandukan laporan aduan mengenai pokok tumbang di Jelutong (berhampiran lampu isyarat) yang disalurkan oleh petugas Hotline Aduan MBPP pada jam 12.30 tengahari (18 Ogos 2022), Skuad Pantas MBPP (Jabatan Landskap) bergegas ke lokasi tersebut.

Skuad Pantas MBPP telah berganding bahu bersama pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang memotong, mengalih dan membersihkan pokok yang tumbang di laluan tersebut dan selesai sepenuhnya pada jam 1.00 petang.

Tindakan pantas mereka telah mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku kepada para pengguna laluan tersebut. Untuk makluman orang awam, sebarang aduan mengenai pokok tumbang dan sebagainya, sila hubungi Hotline MBPP ditalian berikut:

04-263 7000 / 04-263 7637

016-2004082 (WhatsApp)

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …