PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (RETAIL DIGITALISATION INITIATIVE) ReDI

 

TUMPAT 17 Ogos : Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) bertempat di Pasar Sumayyah Tumpat, Kelantan selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Ogos 2022.
Objektif disasarkan kepada peniaga-peniaga di sekitar Pasir Mas terutama di sekitar Pasar Sumayyah Tumpat, Kelantan bagi promosi pendaftaran e-wallet.
Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil malah turut memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah penerimaan pembayaran.
Untuk rekod sepanjang tiga hari berlangsung pembukaan booth pendaftaran e-wallet dibuka dengan penglibatan Ewallet seperti TnG, Boost, Maybank MAE dan Kelantan Pay bersama agensi lain AKPK serta SSM, sebanyak 138 pendaftaran telah berjaya dengan jayanya didaftar oleh peniaga.
Jutaan terima kasih kepada seluruh peniaga Pasar Sumayyah dibawah Persatuan Peniaga Pasar atas sambutan sokongan dan pendaftaran peniaga-peniaga terhadap penggunaan e-wallet ini.
Program ini turut berlangsung dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Polis Diraja Malaysia, IPD Tumpat,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Kelantan, De Metrologi Sdn Bhd, dan Penyedia E-Wallet terpilih.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …