2720 KILOGRAM MINYAK MASAK PAKET BERSUBSIDI DISITA DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

KOTA BHARU 17 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, dan Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu semalam.
Operasi Bersepadu dijalankan untuk membanteras ketirisan penyelewengan barang kawalan minyak masak bersubsidi kawasan sempadan negara serta Op Landai/Op Kontraband.
Pasukan telah mengesan sebuah kenderaan lori jenis Isuzu berpenftaran Malaysia pada jam 3.00 petang semalam, pemerhatian dalam keadaan mencurigakan dari arah Pauh Lima menuju ke Peringat yang mana disyaki membawa minyak masak bersubsidi.
Pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah besar minyak masak paket 1kg bersubsidi yang berada dalam kenderaan tersebut.
Siasatan awal pemandu untuk mengemukakan dokumen dan maklumat berkaitan pemilikan barang kawalan dan membuat pengisytiharan stok semasa, rekod belian serta maklumat mengenai harga dibawah Seksyen 8 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Hasil maklumbalas saspek gagal dan tanpa apa-apa sebarang butiran atau catatan transaksi serta gagal memgemukakan sebarang dokumen, lesen, maklumat atau resit sebagai pemilikan barang kawalan tersebut sepertimana yang diarahkan oleh pasukan dibawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pasukan mengesyaki saspek akan membawa barang kawalan ini ke stor transit sementara di sempadan negara melalui pengkalan haram.
Sebanyak anggaran 2720 kilogram minyak masak paket 1kg bersubsidi dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 6800.00 dan kenderaan sebanyak RM 15,000.00

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …